5/28/2016

KUAKAP.COM - Tidak dapat pungkiri bahawa Segitiga Bermuda masih merupakan satu misteri walaupun dunia kini telah memasuki abad modern.

Segitiga Bermuda ini meliputi kawasan seluas satu juta kaki persegi di kawasan Lautan Atlantik yang merangkumi kawasan Bermuda, Miami (Florida) dan San Juan (Puerto Rico). Apabila garisan dilukiskan pada peta kawasan ini maka terjadilah satu segitiga yang dipanggil Segitiga Bermuda

Ada juga yang memanggilnya sebagai 'Segitiga Syaitan' kerana misteri kehilangan kapal dan kapal terbang yang tidak diketahui puncanya serta sehingga kini masih lagi tidak ditemui.

Video: Msteri Segitiga Bermuda, Formosa Dan Masalembo indonesia!

Terdapat beribu kes kehilangan kapal dan kapal terbang telah direkodkan di kawasan segitiga ini. Antara kes-kes yang terkenal adalah 'Flight 19' dimana pada 05/12/1945, 5 buah pesawat tentera Amerika Syarikat jenis 'TBF Avanger' telah hilang di kawasan segitiga ini ketika menjalankan rutin penerbangan harian.

Pasukan ini diketuai oleh Lt. Charles Taylor yang berlepas dari pengkalan udara Fort Lauderdale, Florida.

Pasukan ini sedang melakukan misi latihan pengeboman, tetapi selepas setengah jam berlepas dari pengkalan udara tersebut, menara kawalan telah menerima hubungan radio dari Lt. Charles yang mengatakan bahawa kompas mereka tidak dapat berfungsi.

Tidak lama kemudian hubungan radio telah terputus dan kelima-lima pesawat tersebut hilang begitu sahaja. Apa yang menghairankan, selepas itu sepasukan mencari dan menyelamat yang menggunakan pesawat 'PBM Martin Mariner' yang ditugaskan mencari kelima-lima pesawat tersebut juga turut hilang tanpa meninggalkan kesan.

Untuk melengkapi bisa anda lihat channel On The Spot TERBARU Tentang Segitiga Bermuda, Segitiga Formosa dan Segitiga Masalembo indonesia!
Demikianlah Video: Misteri Segitiga Bermuda, Formosa Dan Masalembo indonesia! Artikel Review Dari kuakap.com, Semoga Tentang Ulasan Singkat Sederhana ini Dapat Berguna Dan Ada Manfaat Untuk Kita Semua, Sekian Terimakasih, Luangkan Waktu Anda Juga Untuk Baca Postingan Sebelumnya Yaitu Misteri Negeri Paloh Sambas Memiliki Kerajaan Negeri Gaib Yang Sangat Luar Biasa Contoh materi kuliah dan jenis dan bentuk jasad jin penunggu rumah, kumpulan cerita misteri nyata di dunia beserta video dan gambar setan
Posted by : ena riskina Rating 5 Star Published : 2016-05-28T22:06:00+07:00
 
Blogger Designed by dsas